Lebih 20 maut tragedi bot terbalik

Iklan
Sekurang-kurangnya 20 orang maut apabila sebuah bot kayu terbalik di Sungai Benue, tengah Nigeria, pada Sabtu.

ABUJA - Sekurang-kurangnya 20 orang maut apabila sebuah bot kayu terbalik di Sungai Benue, tengah Nigeria, pada Sabtu, lapor Xinhua yang memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan pada Ahad.

Kemalangan itu berlaku di negeri Benue ketika para peniaga sedang dalam perjalanan pulang dari pasar mingguan, menurut pegawai tempatan Melvin James.

Iklan
Iklan

"Beberapa orang masih hilang," kata James, sambil menambah bahawa penyelam tempatan masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Menurut seorang saksi, mangsa yang terlibat kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Iklan
Iklan

Kemalangan bot kerap berlaku di Nigeria, biasanya disebabkan oleh muatan berlebihan, cuaca buruk dan kesilapan operasi. - Bernama