Tiada sambutan ambang tahun baru di Negeri Sembilan

Iklan
Aminuddin (tiga dari kiri) ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Dewan Besar Dangi pada Isnin.

KUALA PILAH - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan menganjurkan sebarang acara rasmi bagi sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 dengan mengambil kira kejadian banjir yang berlaku di negeri ini selain mengelakkan pembaziran.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia disebabkan kejadian banjir yang menjejaskan tiga daerah di negeri ini serta negeri-negeri yang terkesan termasuk menghormati solidariti Palestin sejak tahun lalu.

Iklan
Iklan
Aminuddin menyampaikan sumbangan kepada individu terjejas dalam bencana banjir baru-baru ini.

"Kita tidak ada perancangan untuk mengadakan sambutan berkenaan tetapi terpulang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pihak swasta kerana kadang-kadang mereka terpaksa adakan untuk menarik kehadiran pelancong ataupun tetamu mereka.

"Justeru mereka buat sedikit bunga api, sambutan yang sederhana dan kita Insya-ALLAH secara biasa adakan (bacaan yasin dan doa selamat) di masjid dan surau serta di tempat ibadah masing-masing," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika temui pemberita selepas selesai Majlis Penyerahan Sumbangan Wang Ihsan Mangsa Banjir Daerah Kuala Pilah di Dewan Besar Dangi pada Isnin.

Pada majlis berkenaan, seramai 106 Ketua Isi Rumah (KIR) menerima bantuan berupa wang tunai serta barangan keperluan harian.

Iklan

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, kerajaan negeri akan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada setiap lebih 700 KIR yang terjejas banjir baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai saranan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu parti itu mengadakan pemilihan segera bagi membolehkan proses peralihan kepimpinan, Aminuddin menyatakan tempoh pemilihan tersebut masih awal lagi.

"(Pemilihan) lama lagi. Kita ikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan. Mungkin (kita adakan) sebelum Jun," katanya.