Tujuh rumah musnah terbakar, 21 mangsa hilang kediaman

Iklan
Pasukan bomba sedang berusaha menyelamatkan barangan di lokasi kejadian.

GEORGE TOWN - Tujuh buah rumah di Jalan Ladang Hong Seng di sini musnah dalam kebakaran dalam kejadian pada jam 6.30 petang Isnin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Rafizi Arafpin berkata, beberapa buah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.40 petang.

Iklan
Iklan

"Kebakaran melibatkan tujuh buah rumah teres (kelas B) berkeluasan 20x20 setiap unit.

"Anggaran peratusan kebakaran adalah 80 peratus pada rumah pertama sehingga kelima manakala rumah keenam 60 peratus dan rumah ketujuh 40 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada petang Isnin itu.

Tambahnya, kebakaran telah dapat dipadamkan dan bomba seterusnya menjalankan kerja-kerja 'overhaul' bagi memastikan tiada bahaya lain.

"Operasi tamat sepenuhnya dan kes diserahkankepada pasukan penyiasatan kebakaran untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

"Kejadian tidak melibatkan kehilangan nyawa. Kerja pemadaman juga melibatkan bantuan daripada BBP Paya Terubong dan lima pasukan bomba sukarela," katanya.

Kebakaran melibatkan tujuh buah rumah di Jalan Ladang Hong Seng.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berkata, kebakaran tersebut melibatkan 21 mangsa secara keseluruhannya.

"Kebanyakkan mangsa tidak sempat untuk menyelamatkan barangan di rumah mereka kerana kejadian berlaku begitu cepat.

"Ketika kejadian, ada yang telah keluar pergi makan dan ada yang belum pulang dari kerja," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tambah beliau, pihaknya telah menguruskan penempatan sementara untuk kesemua mangsa.

"Malam ini, empat keluarga akan ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Macallum manakala sebuah keluarga lagi akan dipindahkan ke PPR Padang Tembak.

"Saya akan melawat lagi kesemua mangsa ini esok," katanya.