Pelaksanaan IBR beri manfaat kepada rakyat
Iklan
MALAYSIA adalah negara kedua ASEAN yang melaksanakan Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) selepas Filipina, ternyata meraih pelbagai manfaat termasuklah dapat menangani ketidakcekapan kos, tarif yang tidak jelas dan kekeliruan mengenai perjanjian pembelian kuasa.
Langkah berani negara melaksanakan IBR dalam sektor tenaga hampir 10 tahun lalu menjadikan rangka kerja elektrik negara kekal fleksibel dan mapan, sekali gus berupaya mendepani cabaran global dan ekosistem industri elektrik yang sentiasa berkembang.