Jangan cepat menghukum
Iklan
SEMINGGU ini kita dikejutkan dengan berita sebuah hospital swasta yang telah menyimpan jenazah seorang bayi selama dua minggu kerana kononnya keluarga bayi berkenaan tidak mampu membayar bil hospital. Maka, bisinglah satu Malaysia mengecam hospital tersebut.
Tiba-tiba muncul pula berita lain, kononnya pasangan itu tidak berkahwin. Lalu muncul pula kecaman lain terhadap pasangan berkenaan. Ia mula reda setelah muncul kenyataan yang sebenarnya mereka berkahwin di sebuah negeri. Isunya ialah masalah kewangan.