Polis, bomba guna khidmat Unit K9 kesan warga emas hilang

Iklan
Operasi mencari warga emas, Mohd Mahat (gambar kecil) diteruskan hari ini. Foto PDRM

REMBAU - Seorang warga emas dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumahnya di Batu 4, Kampung Air Melintang di sini, pada pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, Mohd Mahat Said, 78, merupakan orang kurang upaya (OKU) fizikal dilaporkan hilang oleh anak perempuannya.

Iklan
Iklan

"Bapanya keluar rumah kira-kira jam 10 pagi dan sehingga jam 5 petang dia masih tidak pulang. Justeru gerakan mencari dan menyelamat (SAR) telah dimulakan melibatkan seramai 14 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 12 anggota bomba dan 40 penduduk kampung.

Operasi SAR melibatkan anggota PDRM, bomba dan penduduk kampung.

"Pencarian yang dimulakan sejak jam 5.30 petang itu turut membabitkan kawasan kebun dan belukar berhampiran kediamannya susulan pasukan SAR menemui kain pelikat dipercayai dipakai warga emas terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Ujarnya, bagaimanapun pencarian dihentikan sementara pada malam Isnin bagi menunggu bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan atas faktor cuaca yang gelap dan isu keselamatan kerana kawasan sekitar mempunyai belukar yang begitu tebal.

"Operasi diteruskan pada hari ini. Selain K9 PDRM, misi pencarian juga dibantu oleh Unit K9 pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan," katanya.

Iklan