KUALA LUMPUR - Pementasan Teater Muzikal PERMATA Seni sentiasa mendapat sambutan peminat tempatan yang dahagakan persembahan muzikal melibatkan bintang cilik berbakat besar.
Pementasan melibatkan 168 peserta kali ini mengangkat tema Mensyukuri Nikmat Kedamaian sebagai tanda solidariti anak-anak PERMATA Seni kepada nasib kanak-kanak kurang bernasib baik seluruh dunia.
Program diselaraskan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) berlangsung dengan penuh warna-warni pada 14 dan 15 Disember lalu di Auditorium Perdana, Angkasapuri di Kuala Lumpur.
Ketua Pengarah JKKN, Mohd Amran Mohd Haris berkata, pementasan kali ini menampilkan peserta daripada tiga komponen iaitu PERMATA Seni Koir, PERMATA Seni Tari dan PERMATA Seni Muzik.
Ujarnya, pementasan menggabungkan seramai 168 peserta ini juga merupakan platform kepada peserta dalam memanifestasikan ilmu dan kemahiran mereka dalam bidang koir, tari dan muzik.
"Ia turut mengetengahkan konflik kehidupan kanak-kanak sejagat dengan pelbagai isu sosial seperti peperangan, penderaan, kemiskinan, kebuluran dan penganiayaan yang menjejaskan kesejahteraan sosial, mental dan fizikal kanak-kanak.
"Pementasan ini merupakan tanda solidariti Permata Seni kepada nasib kanak-kanak yang kurang bernasib baik," ujarnya ketika ditemui sebelum bermulanya pementasan Teater Muzikal PERMATA Seni pada Ahad.
Hadir sama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Roslan Abd Rahman.
Program PERMATA Seni ini merupakan program khas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang dilaksanakan oleh JKKN dan Istana Budaya.
Ia merangkumi tiga komponen iaitu koir, tari dan muzik dan bertujuan untuk melahirkan modal insan seni budaya yang akan menjadi pewaris kepada legasi seni negara dan mula dilaksanakan pada 2010.
Memfokuskan kepada kanak-kanak yang berbakat dan berpotensi tinggi dalam bidang seni berusia antara tujuh hingga 12 tahun bagi seni tari dan seni koir serta tujuh hingga 14 tahun bagi seni muzik.
Kanak-kanak yang terpilih menyertai program ini akan diberikan pendedahan dan latihan supaya potensi, kebolehan serta bakat mereka dapat diperkembangkan ke tahap yang lebih tinggi.
Wadah terbaik
Mohd Amran berkata, pementasan teater muzikal itu merupakan wadah terbaik untuk memanifestasikan ilmu dan kemahiran anak-anak Permata Seni dalam bidang koir, tari dan muzik.
"Pemilihan tema Mensyukuri Nikmat Kedamaian dalam pementasan ini menterjemahkan solidariti anak-anak PERMATA Seni kepada pelbagai isu kemanusiaan sejagat yang menjejaskan kehidupan sosial, mental dan fizikal kanak-anak di seluruh dunia," ujarnya.
Beliau menambah, dengan adanya teater muzikal sebegini juga tempoh latihan yang dilalui peserta selama setahun dapat dipersembahkan kepada ibu bapa dan peminat seni teater muzikal ini.
"Memang teater muzikal ini dinanti-nantikan peminat program PERMATA Seni dan saya berharap dengan adanya teater muzikal ini dapat mengubati kerinduan mereka yang teruja untuk melihat persembahan anak-anak PERMATA Seni ini," ujarnya lagi.
Perkasa program Permata Seni
Sementara itu, seorang penonton ditemui, Ikhwan Abdul Jabar, 46, menyifatkan pementasan teater muzikal itu dapat meningkatkan keyakinan diri peserta ketika berhadapan dengan penonton.
"Aktiviti begini juga dapat merapatkan hubungan diantara satu sama lain dan mengembangkan bakat yang ada dalam diri mereka," ujarnya yang juga merupakan bapa kepada salah seorang peserta terlibat.
Bagi Juriati Sapari, 46, pula, pementasan teater muzikal ini adalah antara usaha jabatan untuk memperkasakan lagi program Permata Seni serta pengiktirafan kepada keupayaan anak-anak seni terlibat.
Sementara itu, Suraya Dikar, 46, berkata, program seni sebegini bukan semata-mata untuk memenuhi keperluan hiburan atau industri hiburan sebaliknya peserta diberi ilmu yang bermanfaat.
"Memang sangat bagus untuk aktiviti anak-anak, apabila mereka melakukan aktiviti sebegini mereka akan dapat meningkatkan keyakinan diri," ujarnya yang juga ibu kepada salah seorang peserta.

MOHD AMRAN
Iklan

Pementasan teater muzikal menunjukkan kemahiran anak-anak PERMATA SENI.

Persembahan peserta terlibat mewarnai pementasan Teater Muzikal PERMATA Seni.