BEIJING - China mengumumkan kelonggaran dasar transit tanpa visa bagi membolehkan pengembara asing masuk dan tinggal di negara ini selama 240 jam atau 10 hari berbanding 72 jam dan 144 jam yang ditawarkan sebelum ini.
Pentadbiran Imigresen Kebangsaan (NIA) China menerusi pengumuman pada Selasa berkata, sebanyak 21 pintu sempadan tambahan dibuka kepada pengembara asing yang menikmati kemudahan transit tanpa visa, menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 60.