Agoda rekod peningkatan populariti Malaysia sebagai destinasi sambut ambang tahun baharu

Iklan
Agoda mencatatkan pertambahan sebanyak 13 peratus dalam pencarian oleh pelancong antarabangsa untuk penginapan di Malaysia pada 31 Disember ini.

SHAH ALAM - Platform percutian digital, Agoda merekodkan peningkatan populariti Malaysia dalam kalangan pelancong antarabangsa bagi sambutan ambang tahun baharu.

Pengarah Negara di Agoda, Fabian Teja berkata, Agoda mencatatkan pertambahan sebanyak 13 peratus dalam pencarian oleh pelancong antarabangsa untuk penginapan di Malaysia pada 31 Disember ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejayaan Malaysia menarik perhatian pelancong antarabangsa untuk meraikan ambang tahun baharu itu adalah satu perkara yang menarik.

”Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Langkawi merupakan destinasi yang mendapat carian tertinggi oleh pelancong yang berpotensi.

Iklan
Kenyataan media Agoda pada Selasa.

”Pelancong domestik Malaysia juga menunjukkan pilihan yang agak serupa, dengan Pulau Pinang menduduki tempat kedua menggantikan Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Peningkatan berkenaan diperoleh hasil analisis Agoda terhadap carian yang dibuat antara 1 hingga 27 November 2024 dengan tarikh daftar masuk pada 31 Disember 2024 serta dibandingkan berdasarkan data dari 1 hingga 27 November 2023.

Iklan

Menurutnya, Agoda sememangnya sentiasa bersedia membantu perjalanan pelancong ke mana-mana sahaja lokasi bagi memastikan ia lancar.

”Sama ada anda merancang untuk menerokai kawasan yang meriah di Kuala Lumpur atau bersantai di tepi pantai di Langkawi, Agoda sedia membantu untuk merancang perjalanan anda dengan lancar,” ujarnya.

Fabian berkata, penginapan di Bangkok, Hat Yai, Taipei, Tokyo dan Singapura pula mendapat carian tertinggi oleh kebanyakan warga Malaysia yang merancang untuk melancong ke luar negara sempena sambutan ambang tahun baharu.

Justeru, katanya, bagi membantu para pelancong membuat perancangan bagi meraikan ambang tahun bahuru, Agoda menawarkan lebih daripada 4.5 juta tempat penginapan percutian, lebih daripada 130,000 laluan penerbangan dan lebih daripada 300,000 aktiviti liburan dengan semuanya tersedia dalam proses tempahan yang lancar.

"Muat turun aplikasi Agoda untuk mendapatkan tawaran terkini atau layari agoda.com/deals,” katanya.