Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur hingga Khamis

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur sehingga Khamis ini.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur sehingga Khamis ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada jam 12 tengah hari Selasa, Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, amaran hujan berterusan tahap waspada itu berkuat kuasa sehingga Khamis di Kelantan, Terengganu dan beberapa daerah di Pahang.

Iklan
Iklan
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri yang dikeluarkan MetMalaysia pada Selasa.

"Di Pahang ia membabitkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin. Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di tiga lagi negeri iaitu Johor, Sarawak dan Sabah bermula Khamis ini hingga Ahad depan,” katanya.

Mohd Hisham berkata, di Johor ia melibatkan Mersing dan Kota Tinggi di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu dan Mukah

Iklan

Katanya, di Sabah cuaca itu dijangka melanda Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan ini, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan. Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” ujarnya.

Iklan