SEOUL - Ketua Turus Angkatan Tentera Korea Selatan, Jeneral Park An-su yang mengetuai pemerintahan tentera semasa Presiden, Yoon Suk Yeol melaksanakan undang-undang tentera yang hanya bertahan sementara telah ditahan pada Selasa, menurut pendakwa raya, lapor agensi berita Yonhap.
Park ditahan dengan waran tangkap yang dikeluarkan mahkamah atas tuduhan memainkan peranan penting dalam pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa.
Iklan
Iklan
Park berkhidmat sebagai ketua pemerintah undang-undang tentera Yoon untuk tempoh hanya beberapa jam sebelum ia dibubarkan selepas ahli parlimen membatalkan dekri presiden.
Semasa tempoh singkat itu, beliau mengeluarkan arahan melarang semua aktiviti politik, termasuk persidangan parlimen.
Pada Sabtu, Yoon telah didakwa oleh Parlimen.
Dalam perkembangan berasingan, Yonhap melaporkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol akan menyatakan pendiriannya di mahkamah jika pendengaran awam diadakan dalam perbicaraan pendakwaannya.
Peguamnya, Seok Dong-hyeon memberitahu pemberita bahawa Yoon menafikan dakwaan pemberontakan yang dikenakan terhadapnya kerana mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Disember. - Bernama