KPDN Johor terima 10,003 aduan kes penipuan dalam talian

Iklan
Lilis Saslinda (tengah) pada sidang akhbar Program Pelupusan Eksibit KPDN Negeri Johor di Kompleks Penyimpanan Eksibit Senai, pada Selasa.

KULAI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menerima sebanyak 10,003 aduan berkaitan kes penipuan perniagaan secara dalam talian, sepanjang tahun ini.

Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan penipuan perniagaan dalam talian berleluasa susulan perkembangan teknologi digital.

Iklan
Iklan

"Kes penipuan perniagaan dalam talian merupakan antara aduan paling tinggi diterima KPDN Johor.

"Antara contoh kes seperti barang yang diiklankan itu tidak sama dengan barang sebenarnya dijual sehingga mengelirukan pembeli.

Iklan

"Kedua barang yang dijualnya tidak berkualiti, baru pakai kadang-kadang sudah rosak dan sebagainya. Ketiga, kadang-kadang pengguna akan dapati peniaga terus senyap selepas berurusan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Program Pelupusan Eksibit KPDN Negeri Johor di Kompleks Penyimpanan Eksibit Senai di sini, pada Selasa.

Iklan

Justeru, beliau menggesa orang ramai segera membuat aduan sekiranya ditipu atau mendapati mana-mana peniaga cuba melanggar peraturan agar tindakan dapat terus dibuat.