Pembantu kedai runcit mengaku salah lakukan rompakan bersenjata

Iklan
Seorang pembantu kedai runcit mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan rompakan bersenjata di sekitar Pasir Puteh pada November lepas dan awal bulan ini - Gambar hiasan

KOTA BHARU - Seorang pembantu kedai runcit hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan melakukan rompakan bersenjata di sekitar Pasir Puteh pada November lepas dan awal bulan ini.

Mengikut pertuduhan pertama Zulhairie Zulkifli, 24, didakwa melakukan rompakan menggunakan sebilah pisau terhadap seorang wanita berusia 26 tahun di kaunter pembayaran sebuah kedai runcit di Pasir Puteh pada 6.45 petang, 6 November lepas.

Iklan
Iklan

Tertuduh telah mengambil wang tunai milik kedai runcit yang mendatangkan kerugian lebih RM400.

Bagi pertuduhan kedua pula, Zulhairie didakwa merompak wanita berusia 18 tahun di kaunter bayaran kedai runcit di Sungai Petai, Pasir Puteh pada 3.29 petang, 2 Dis lepas dan mengambil beg duit yang mengandungi kad pengenalan mangsa serta wang tunai RM200.

Iklan

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun, denda atau sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Hakim Zulkifli Abllah menetapkan 19 Januari depan untuk fakta kes dan hukuman. - Bernama