Pembaharuan pas My50 ditangguh hingga 31 Januari bagi penambahbaikan sistem

Iklan
Proses pembaharuan pas My50 akan ditangguh sementara waktu bermula 23 Disember ini hingga 31 Januari depan di semua kaunter khidmat pelanggan rel, sistem Bas Rapid Transit (BRT) dan hab bas Rapid KL. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Proses pembaharuan pas My50 akan ditangguh sementara waktu bermula 23 Disember ini hingga 31 Januari depan di semua kaunter khidmat pelanggan rel, sistem Bas Rapid Transit (BRT) dan hab bas Rapid KL.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selaku pengendali perkhidmatan Rapid KL dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penangguhan sementara itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan sistem penjualan pas My50.

Iklan
Iklan

"Penangguhan sementara itu bagi meningkatkan keupayaan sistem untuk menampung jumlah pengguna pas My50 yang semakin bertambah, bagaimanapun pembelian pas My50 yang baharu masih boleh dilakukan seperti biasa di semua kaunter berkenaan.

"Bagi pengguna yang masih mempunyai baki hari dalam pas My50 sedia ada, mereka perlu menghabiskan baki hari itu terlebih dahulu sehingga pas tamat tempoh dan membuat pembelian pas baharu selepas itu," menurut kenyataan berkenaan.

Iklan

Prasarana turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua pengguna sepanjang tempoh itu dan berterima kasih atas kesabaran serta kefahaman yang diberikan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL 03-7885 2585 atau merujuk kepada laman media sosial Rapid KL untuk maklumat terkini. - Bernama

Iklan