Polis minta mangsa dakwa ditipu pempengaruh kendali agensi pelancongan tampil

Iklan
Ramli

KUALA LUMPUR - Polis meminta mangsa yang mendakwa ditipu pempengaruh dan usahawan yang mengendalikan agensi pelancongan tampil membuat laporan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kes itu.

Iklan
Iklan

"Kita menyeru minta mana-mana individu untuk membuat laporan, polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di Korea Selatan bagi menyiasat perkara ini.

"Laporan polis perlu dibuat bagi kita membantu mangsa selain mudah mendapatkan kerjasama sama ada melalui polis antarabangsa (Interpol) dan pihak berkuasa Korea Selatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK, Menara KPJ di sini pada Selasa.

Iklan

Pada Isnin, tular di TikTok video luahan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pempengaruh itu.

Menerusi video itu, wanita berkenaan mendakwa dia bersama rombongan tersadai di lapangan terbang kerana tiada tiket penerbangan pulang ke tanah air seperti dijanjikan.

Iklan

Wanita itu mendakwa sudah membuat semakan di kaunter tiket namun namanya bersama rombongan tiada dalam rekod.

Bagi mendapat kepastian, wanita itu cuba menghubungi pempengaruh namun diminta menunggu sebelum diberitahu terdapat masalah teknikal untuk membuat tempahan.

Di akhir video, wanita itu menuntut pempengaruh berkenaan bertanggungjawab kerana terkilan dengan apa yang berlaku selepas membuat pembayaran penuh awal seperti diminta pempengaruh berkenaan.

Perkongsian wanita itu mengundang pelbagai reaksi dengan rata-rata bersimpati dan meminta mangsa membuat laporan polis.