Saksit Panurach (empat dari kanan) bersama Tony Ling (tiga dari kanan), Neil Gurusamy (tengah) dan Azliza (enam dari kiri) merasmikan pembukaan stor Lotus's ke-70 di Bandar Rimbayu pada 11 Disember lalu.
SITI AISYAH MOHAMAD
18 Dec 2024 9:45 am
KUALA LANGAT - Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) membuka cawangannya yang ke-70 di Bandar Rimbayu dengan menyasarkan kehadiran lebih 2,000 pengunjung setiap hari.
Pengarah Eksekutif Operasinya, Neil Gurusamy berkata, lokasi strategik yang terletak dalam hab komersial perbandaran menjadi faktor utama stor tersebut mudah diakses dan dikunjungi oleh orang ramai.
Menurutnya, stor ini juga terletak berdekatan dengan empat lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya UtaraSelatan Hubungan Tengah (ELITE) yang menghubungkan ke Kuala Lumpur, Subang, Petaling Jaya, Damansara, Puchong, Shah Alam serta Lembah Klang.
"Saya menyasarkan lebih 2,000 pengunjung yang akan membeli-belah di sini setiap hari disebabkan kawasan persekitaran yang merupakan penempatan komuniti serta pengunjung yang rata-ratanya penduduk setempat.
"Malah, lokasi ini juga mudah diakses oleh orang ramai yang tinggaldi luar kawasan ini disebabkan oleh keadaan jalan yang kurang sesak terutamanya pada hari biasa. Kami juga menjangkakan jumlah pengunjung boleh meningkat sehingga dua ke tiga kali ganda pada musim perayaan.
Saksit Panurach (kiri) bersama Tony Ling (kanan) melawat dan melihat pasar raya Lotus's selepas merasmikan pembukaan Lotus's Ke-70 di Bandar Rimbayu pada 11 Disember lalu.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
"Pelbagai kemudahan dan banyak ruang parkir turut disediakan untuk memberikan keselesaan dan memudahkan pengunjung membeli-belah di sini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pembukaan Lotus's Superstore yang ke-70 di Bandar Rimbayu pada 11 Disember lalu.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Lotus's Malaysia, Saksit Panurach; Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus's Malaysia, Azliza Baizura Azmel; Ketua Pusat Beli-Belah Lotus's Malaysia, Melissa Wong dan Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land, Datuk Tony Ling Thou Lung.
Mengulas lanjut, Neil Gurusamy berkata, orang ramai berpeluang mendapatkan pelbagai pilihan barangan dengan harga yang berpatutan dan menerokai pengalaman membeli-belah lebih baik di stor baharu tersebut.
"Stor berkeluasan 6,000 meter persegi ini akan menjanjikan pelbagai pilihan barangan pada harga yang rendah dengan lebih 10,000 barisan produk tempatan dan import yang ditawarkan kepada pelanggan.
"Selain itu, kira-kira 40 peratus daripada stor ini merupakan premis makanan dan minuman (F&B) yang terkenal seperti Kopiholic, BMS Organics & Oat Story, My Mom's Chicken Rice, Mixue, Gigi Coffee, Empire Sushi, Happy Potato dan sebagainya.
NEIL GURUSAMY
"Di sini juga terdapat kedai elektronik, komputer, cermin mata dan banyak lagi untuk memudahkan pelanggan mendapatkan keperluan mereka hanya di satu tempat sahaja,” ujarnya.
Tambah Neil Gurusamy, pihaknya turut menerima maklum balas positif daripada pelanggan yang mengunjungi hari pertama pembukaan rasmi cawangan Lotus's Bandar Rimbayu.
"Mereka berpuas hati dengan harga yang ditawarkan terutamanya barangan basah dan keperluan harian.
"Sebagai contoh, pelanggan boleh mendapatkan barangan basah seperti ayam mentah pada harga RM5.99, siakap saiz L RM7.99 dan tomato RM1.99 per kilogram (kg).
"Harga-harga yang kami tawarkan mungkin tidak akan dapat di tempat lain dan hanya di Lotus's seluruh Malaysia sahaja,” ulasnya.
Tawaran dan aktiviti menarik
Sementara itu, menurut Azliza, pihaknya menyediakan pelbagai tawaran dan aktiviti menarik buat pengunjung Lotus's Rimbayu sempena pembukaan cawangan berkenaan.
Beliau berkata, sempena minggu pelancaran Lotus’s Rimbayu, 50 pelanggan pertama setiap hari dengan perbelanjaan minimum RM80 dalam satu resit berpeluang memenangi produk jenama Lotus's bernilai RM10 menerusi aktiviti ‘Siapa Cepat, Dia Dapat’ yang bermula 11 hingga 15 Disember ini.
Orang ramai membeli-belah selepas pembukaan stor Lotus's ke-70 di Bandar Rimbayu pada 11 Disember lalu.
"Sempena pelancaran pada 11 Disember, kita telah mengadakan sesi ‘Meet and Greet’ bersama Paw Patrol’s Chase dan Marshall yang membuat kemunculannya pada jam 11 pagi serta 1 dan 3 petang.
"Kami juga membuka reruai permainan ‘Ring Toss’ dan orang ramai turut berpeluang memenangi baucar Lotus's RM5 dengan perbelanjaan minimum RM80 dengan 300 pemenang setiap hari sehingga Ahad ini.
"Beg tote edisi terhad Lotus's juga disediakan dengan perbelanjaan RM120 kepada pelanggan yang terawal sahaja dan ada juga persampelan makanan serta minuman percuma,” katanya.
Menurut Azliza, terdapat juga aktiviti mewarna setiap hari sehingga 10 malam dan kesenian serta kraf dengan pembelian minimum barangan Paw Patrol's Chase bernilai RM20 pada 14 dan 15 Disember.
Dalam pada itu, ujar beliau, ahli My Lotus's sedia ada dan baharu berpeluang menikmati tujuh kali mata ganjaran sepanjang hujung minggu sehingga akhir tahun ini iaitu pada 14, 15, 21, 22, 28 dan 29 Disember.
"Melalui kempen ‘Jimat! Lagi Jimat!’, ahli My Lotus's boleh menikmati baucar tunai sehingga RM6 dengan perbelanjaan minimum RM120 dalam satu resit.
Baucar tunai tersebut boleh ditebus dari 26 Disember hingga 8 Januari 2025 dengan perbelanjaan minimum RM80 untuk pembelian seterusnya.
"Lima ahli My Lotus's yang bertuah berpeluang untuk memenangi 70 kali mata ganjaran tanpa perbelanjaan minimum di Lotus's Bandar Rimbayu bermula 11 hingga 15 Disember ini.
"Selain itu, tiga ahli My Lotus’s yang baru berdaftar berpeluang memenangi bar emas Poh Kong 10 gram bernilai RM4,300 atau baucar elektronik Lotus's bernilai RM500,” katanya.