SHAH ALAM - Program AIA Healthiest Schools (Sekolah Tersihat AIA) mengalu-alukan penyertaan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif unik yang memberi tumpuan kepada pemupukan kesejahteraan dan kesihatan dalam kalangan komuniti sekolah.
Disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, program AIA Healthiest Schools (AHS) direka untuk menggalakkan amalan hidup sihat dalam kalangan pelajar berusia lima hingga 16 tahun.
Program kali kedua yang dianjurkan itu terbuka kepada semua sekolah kerajaan, swasta dan antarabangsa diperingkat rendah dan menengah, menyediakan bahan pengajaran yang boleh dimuat turun secara percuma (tersedia dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin) bagi memperkasa tenaga pengajar untuk memperkenalkan konsep kesihatan dan kesejahteraan secara berkesan kepada para pelajar.
AIA Malaysia dalam satu kenyataan berkata, bagi menggalakkan sekolah-sekolah yang mengambil bahagian untuk berkongsi impak serta pencapaian mereka dalam meningkatkan tahap kesihatan pelajar, program AHS juga menampilkan pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai sehingga AS$100,000.
"Pada tahun pertama program AHS, lebih 35 penyertaan diterima dari sekolah-sekolah di Malaysia, yang mana 18 sekolah telah diberi penghormatan atas usaha luar biasa mereka dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan melalui projek-projek inovatif dan berkesan.
"SK Putrajaya Presint 11(1) dan SMK Convent Butterworth masing-masing muncul sebagai pemenang bagi kategori sekolah rendah dan menengah. SK Putrajaya Presint 11(1) juga telah mengharumkan nama negara apabila merangkul gelaran juara keseluruhan Pertandingan AIA Healthiest Schools peringkat serantau dengan mengalahkan sekolah-sekolah dari lima pasaran AIA yang lain dan telah menerima AS$100,000,”katanya di sini, hari ini.
Projek mereka menampilkan aplikasi mudah alih kesihatan 'HELPIE' yang membantu meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental melalui alatan, permainan dan kempen interaktif disamping memperkasakan pelajar untuk memahami dan menguruskan tekanan.