Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas

Iklan
Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari bot di Jeti ikan TSL Fishery, Sungai Perak, di Hutan Melintang semalam, ditemukan lemas hari ini. Gambar hiasan

IPOH - Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari bot di Jeti ikan TSL Fishery, Sungai Perak, di Hutan Melintang semalam, ditemukan lemas hari ini.

Mayat Ng Ka Wan, 30, ditemukan pada jarak 5.6 kilometer atau tiga batu nautika oleh bot agensi Polis Marin petang tadi.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad berkata, 18 orang anggota bomba, polis (16), Angkatan Pertahanan Awam (7 dan sebuah bot) serta satu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Teluk Intan terbabit dalam melaksanakan operasi mencari mangsa tersebut.

"Mayat mangsa telah dibawa ke pusat kawalan bomba (PKB) untuk tujuan pengesahan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) serta pengecaman ahli keluarga terdekat mangsa sebelum diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

"Operasi terkawal tamat sepenuhnya pada 5.40 petang tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, seorang nelayan berusia 30 tahun dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot ketika sedang membaiki bot tersebut di sebuah pelantar ikan di Hutan Melintang di Bagan Datuk.

Iklan

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bagan Datuk berkata, makluman awal kejadian mangsa dipercayai terjatuh dari bot ketika cuba menyeberangi bot yang lain. - Bernama