JAKARTA - Seorang kanak-kanak Sindrom Down dipaksa makan daging musang dalam kejadian di Katapang, Kabupaten Bandung, Jawa Barat.
Abang mangsa, Muhammad Reza, 29, berkata, adiknya diberi makan daging haiwan liar tersebut seorang suspek yang merupakan jiran terdekat di perkampungannya.
"Ya apa yang dimakan adik saya itu merupakan daging musang yang digoreng," kata Reza kepada wartawan.
Beliau turut menyatakan kekesalan terhadap pelaku yang sanggup menganiaya adiknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) dengan menipunya menyatakan ia sebenarnya daging dibolehkan dimakan.
Malah paling teruk pelaku memuat naik tindakan 'tidak berperikemanusiaan' di media sosial sehingga menjadi tular di seluruh Indonesia.
"Kenapa pelaku memuat naik dalam akaun TikTok sehingga menjadi bahan ketawa netizen," katanya sambil menambah kejadian berlaku pada 10 Disember lalu dan tular pada 14 Disember.
Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Katapang, Inspektor Acep Wijaya mengesahkan mangsa yang melaporkan kejadian itu.
"Polis turut campur tangan untuk menyiasat kejadian tersebut," katanya. - Agensi