Saring pengasuh elak kes dera bayi

Iklan
Gambar hiasan.

KES dera bayi atau kanak-kanak di tadika merupakan isu yang sangat serius dan perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh pihak berkuasa, ibu bapa serta pihak pengurusan tadika.

Dera boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti fizikal, emosi atau seksual dan ia boleh memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan mental serta fizikal kanak-kanak.

Iklan
Iklan

Seperti kejadian terbaru yang berlaku di Sungai Buloh, Selangor, seorang wanita ditahan Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes mengasari dan mendera bayi lelaki berusia 11 bulan di sebuah taska di Puncak Alam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor, suspek wanita berusia 24 tahun yang bekerja sebagai guru taska itu disyaki mencubit bayi tersebut sehingga cedera pada pipi dan telinga kanan.

Iklan

Kesan kecederaan pada telinga dan pipi bayi lelaki 11 bulan disyaki didera seorang guru taska di Puncak Alam.

Taska memaklumkan kesan lebam berkenaan berpunca akibat terjatuh daripada meja di dalam taska.

Iklan

Bagaimanapun, pihak polis turut memperoleh rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan perbuatan wanita terbabit yang bekerja di taska berkenaan sejak tiga tahun lepas dan setakat ini empat individu dirakam keterangan.

Justeru, bagi mengelakkan kes seumpama itu berulang, pihak pengurusan perlu mengambil langkah proaktif seperti melakukan saringan kakitangan dan pemilihan pendidik yang teliti serta berkualiti.

Pastikan semua pengasuh dan kakitangan mempunyai latar belakang pendidikan sesuai dan telah menjalani latihan yang cukup termasuk dalam pengurusan emosi serta penjagaan bayi mahupun kanak-kanak.

Lakukan juga pemeriksaan latar belakang yang teliti bagi memastikan tiada rekod jenayah atau aduan meragukan terhadap kakitangan bakal diterima bekerja di taska selain pengasuh wajib memiliki pengetahuan tentang keselamatan.