Peniaga pakaian rugi RM2.1 diperdaya pelaburan tidak wujud

Iklan
Seorang peniaga pakaian berputih mata selepas wang simpanan sebanyak RM2.1 juta lesap selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud. Foto hiasan 123RF. Gambar kecil: M. Kumar

JOHOR BAHRU - Seorang peniaga pakaian berputih mata selepas wang simpanan sebanyak RM2.1 juta lesap selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, lelaki warga emas berusia 70 tahun berminat dengan iklan pelaburan di aplikasi WhatsApp pada November lalu.

Iklan
Iklan

"Mangsa kemudiannya telah berurusan dengan pihak ‘pengurusan’ kumpulan WhatsApp untuk mendapatkan matlumat lanjut berkaitan pelaburan mata wang asing terbabit.

"Percaya dengan keuntungan lumayan dan segera yang ditawarkan, mangsa telah membuat pembayaran sebanyak RM2.1 juta ke beberapa akaun yang diarahkan sindiket antara November hingga awal Disember.

Iklan

"Selain itu, mangsa juga diarahkan untuk memuat turun aplikasi dan mendaftarkan akaun ke aplikasi tersebut untuk memantau pelaburannya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Kumar, selepas bayaran dibuat mangsa mendapati pelaburannya mencatatkan keuntungan RM6.21 juta dan mahu menjual balik saham tersebut.

Iklan

Bagaimanapun, mangsa tidak berjaya dan modal juga tidak dapat dikeluarkan.

"Mangsa menyedari dirinya telah menjadi mangsa penipuan sebelum tampil membuat laporan polis pada pada Isnin.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," ujarnya.