Kesuma digesa selesaikan isu tunggakan gaji 252 pekerja Kawaguchi - MTUC

Iklan
Mohd Effendy

SHAH ALAM - Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan pihak berkuasa berkaitan digesa memastikan penyelesaian yang adil berhubung isu tunggakan gaji melibatkan 252 pekerja warga Bangladesh dan Nepal terhadap syarikat Kawaguchi Manufacturing Sdn. Bhd.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, langkah tersebut termasuk pemantauan ketat terhadap cadangan pertukaran majikan khas dan melakukan pembayaran gaji tertunggak secara berperingkat.

Iklan
Iklan

Beliau turut menegaskan bahawa hak pekerja mesti dilindungi dan pembayaran gaji tertunggak perlu diselesaikan sepenuhnya sebelum akhir Disember 2024.

"Pihak majikan juga bertanggungjawab memastikan kebajikan pekerja, termasuk penyediaan tempat tinggal dan makanan sehingga isu ini selesai sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Jabatan tersebut pada Selasa telah membuka lapan kertas siasatan terhadap majikan dan penyedia penginapan atas kesalahan kelewatan membayar gaji, bayaran gaji secara tunai dan penginapan yang tidak mempunyai perakuan.

JTK dalam kenyataan berkata, tuntutan kes buruh dibuat pada hujung bulan November 2024 melibatkan 57 pekerja warganegara Bangladesh terhadap pihak syarikat berjumlah RM806,310.

Iklan

Ujar Mohd Effendy, tindakan bantahan oleh pekerja di hadapan kilang pada Jumaat dan Sabtu lalu menggambarkan kekecewaan terhadap kelewatan pembayaran gaji mereka.

"MTUC menghargai usaha Pejabat Tenaga Kerja Pelabuhan Klang yang telah membuka lapan kertas siasatan untuk mendakwa majikan atas pelbagai kesalahan, termasuk kelewatan pembayaran gaji, pelanggaran Akta 446 berhubung perakuan penginapan dan pembayaran gaji secara tunai.

"Kami turut mengalu-alukan tindakan segera pihak berkuasa dalam memastikan keadilan ditegakkan,” ujarnya.