Bank Rakyat umum 73 pemenang, hadiah keseluruhan RM400,000

Iklan
Ahmad Shahril (tengah) bergambar bersama pemenang Kempen Mega Pembiayaan Peribadi-i di Menara Kembar Bank Rakyat pada Rabu.

BANK Rakyat mengumumkan 73 pemenang bertuah memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM400,000 sempena anjuran Kempen Mega Pembiayaan Peribadi-i.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata, program fasa pertama yang berlangsung pada 1 September hingga 30 November lalu itu menerima sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, kempen tersebut diadakan bagi menghargai kesetiaan pelanggan sepanjang 70 tahun penubuhan bank berkenaan di samping menawarkan pelbagai hadiah menarik melalui konsep langgan dan menang.

"Ia menunjukkan kepercayaan tinggi pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan kami.

Iklan

"Kami akan terus menawarkan lebih banyak ganjaran dan manfaat sepertì kadar pembiayaan yang kompetitif, pulangan tinggi dan peluang memenangi hadiah eksklusif bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Hadiah Mega Pembiayaan Peribadi-i di Menara Kembar Bank Rakyat pada Rabu.

Iklan

Hadiah tempat pertama dimenangi oleh penjawat awam, Norayati Johari yang berasal dari Johor iaitu berupa sebuah kereta elektrik BYD Atto 3.

Tempat kedua dimenangi oleh guru, Syahida Zakaria dari Perak, membawa pulang sebuah motosikal BMW CE 04 manakala tempat ketiga diraih oleh guru, Nuzatul Shima Lahudi yang memenangi baucar menunaikan umrah atau percutian bernilai RM20,000 untuk dua orang.

Hadiah istimewa lain turut diumumkan termasuk iPhone, motosikal Modenas, iPad, wafer emas lima gram dan Akaun Pelaburan-i Rizq Plus bernilai RM1,000 kepada 70 pemenang di seluruh negara.

Menurut Ahmad Shahril, susulan sambutan luar biasa yang diterima, pihaknya turut melanjutkan program tersebut bermula 1 Disember tahun ini hingga 28 Februari 2025 sempena sambutan tahun baharu.

Katanya, ia bertujuan bagi menarik lebih ramai pelanggan setia supaya menyertai kempen berkenaan dan memenangi hadiah istimewa yang ditawarkan.

Tambah beliau, pihaknya juga sedang menjalankan pencarian jutawan Akaun Pelaburan-Rizq Plus yang mana cabutan akan dilakukan pada Januari 2025.

"Justeru saya menyeru orang ramai untuk merebut peluang bergelar jutawan menerusi produk Akaun Pelaburan-i Rizq Plus Bank Rakyat dengan mengekalkan baki purata bulanan dalam akaun tersebut sebanyak RM5,000 pada 31 Disember 2024," ujarnya.

Maklumat lanjut berhubung produk dan kempen anjuran Bank Rakyat boleh didapati dengan melayari laman sesawang www.bankrakyat.com.my serta media sosial rasmi @mybankrakyat.

Selain itu juga, boleh menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di 1-300-80-5454 atau berkunjung ke cawangan yang berhampiran.