JOHOR BAHRU - Situasi banjir di Johor tidak menunjukkan sebarang perubahan dengan jumlah mangsa kekal 36 orang daripada 11 keluarga sehingga pukul 2 petang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.