PETALING JAYA - Seorang anggota polis nyaris dirempuh sebuah kereta disyaki dipandu pemandu mabuk di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohd Zani Che Din berkata, anggota polis berkenaan sedang bertugas mengawal lalu lintas dalam kemalangan jalan raya pada jam 4.05 pagi.