Leka tengok Lamborghini Syamsul Yusof punca dua kereta berlanggar

Iklan
Jentera mewah milik Syamsul didakwa punca kemalangan.

SEJAK beberapa hari lalu, tular di media sosial yang memaparkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) melanggar belakang kenderaan jenis serba guna (MPV) mungkin disebabkan asyik melihat kereta mewah Lamborghini yang lalu di laluan sebelahnya.

Menerusi komen yang ditinggalkan, rata-rata mendakwa Lamborghini milik pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof itu terlalu menarik perhatian sehingga membuatkan pemandu lain leka.

Iklan
Iklan

Tidak berdiam diri, Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, menyifatkan perlanggaran antara kereta Audi dengan Velfire di posisi hadapan adalah kerana pemandu itu sendiri yang tidak fokus.

Difahamkan, video berkenaan diulang siar di laman sosialnya daripada seorang individu yang merakamkan kenderaan dipandunya di laluan sama ketika kejadian.

Iklan

Dalam rakaman itu, kereta Lamborghini yang dipandu Syamsul dilihat bergerak perlahan di lorong susur keluar sebelum berlakunya pelanggaran membabitkan dua kenderaan di lorong sebelahnya.

Pada masa sama, pelakon terbabit dilihat membuka tingkap dan melihat ke arah kamera dirakam individu tersebut sebelum meneruskan perjalanan.

Iklan
Keadaan Audi dan Velfire sebaik pelanggaran berlaku.

Menerusi ruangan komen, rakan selebriti dan netizen berseloroh mendakwa jentera mewah pengarah menjadi punca kemalangan dek kerana terlampau menonjol.

Tidak kurang juga mengusik apabila bertanyakan identiti penumpang yang berada di sisinya.

"Lawo (lawa) sangat kereta tu,” tulis pelakon Fattah Amin.

"Bila kereta lawa tengok kereta lawa dan terlanggar kereta lawa,” seloroh seorang pengikutnya.