Pelupusan barang kes Jabatan Siasatan Jenayah

Iklan
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin melakukan kerja pelupusan barang kes Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang di dataran stor barang kes berpusat Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara (SPU) di Jalan Kedah di sini hari ini.

Antara barang pelupusan ialah 1,337 barang kes Bitcoin, 494 unit barang kes am, 2,360 unit karton rokok dan 700 unit karton arak yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta yang melibatkan barang kes dari 2021 sehingga 2024.