Harga RON97 naik 3 sen

Iklan
Harga RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.19 kepada RM3.22 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Disember. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Harga runcit RON95 kekal tidak berubah pada RM2.05 seliter, manakala harga RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.19 kepada RM3.22 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Disember.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini berkata, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga akan kekal pada RM2.95 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan, harga akan kekal pada RM2.15 seliter dalam tempoh yang sama.

Iklan
Iklan

MOF berkata, harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan

Iklan