KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga Jumaat ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terlibat di Terengganu adalah Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan, dan Rompin.
Iklan
Iklan
Bagi Johor, kawasan yang dijangka terjejas adalah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru.
Amaran serupa turut dikeluarkan bagi Sarawak dan Sabah bermula esok sehingga 22 Disember ini.
Di Sarawak, kawasan terlibat termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu), dan Mukah. Sementara itu, di Sabah, amaran meliputi Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, dan Sandakan), serta Kudat. - Bernama