Jangan hampiri lokasi runtuhan tebing Sungai Kelantan - Polis

Iklan
Polis beri amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan runtuhan tanah di tebing Sungai Kelantan.

KOTA BHARU - Polis memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan runtuhan tanah di tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama, di sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya mendapati orang ramai masih berkunjung ke kawasan itu tanpa tujuan munasabah.

Iklan
Iklan

"Walaupun garisan kuning telah dipasang, kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai yang masih degil.

"Pihak berkuasa tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kemalangan di kawasan itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Iklan

Tinjauan Bernama di kawasan terbabit petang ini mendapati orang ramai tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa dan bebas keluar masuk serta membuat kandungan media sosial.

Pada Isnin, satu runtuhan sepanjang lebih 50 meter dikesan berlaku di tebing Sungai Kelantan menyebabkan laluan pejalan kaki di lokasi itu terhumban ke bawah. - Bernama

Iklan