'Tiba masa tutup pintu untuk orang tahu tentang hidup saya' - Vivy Yusof

Iklan
Vivy Yusof

USAHAWAN dan pempengaruh sensasi, Datin Vivy Yusof memilih untuk mengubah perhatian umum terhadap kehidupan peribadinya menerusi media sosial.

Jelas pemilik nama penuh Vivy Sofinas Yusof itu langkah pertama yang diambil adalah menukar miliknya kepada mod tetapan peribadi.

Iklan
Iklan

"Sempena hari lahir, saya lakukan sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan iaitu menjadikan akaun media sosial saya ke mod peribadi.

"Saya menutup pintu untuk orang mengetahui tentang hidup saya kerana tiba masanya untuk saya melakukannya dengan cara yang berbeza.

Iklan

"‘Pempengaruh’ ini ‘tidak akan mempengaruhi’. Jadi ia hanya akan menjadi anda dan saya untuk seketika, dan 1.8 juta yang lain. Itu sahaja buat masa ini,” kongsinya menerusi Instagram.

Vivy yang juga pengasas platform e-dagang FashionValet berkata, sejak memulakan menulis blog hampir 20 tahun lalu, beliau tidak pernah terbayang bahawa ia akan membuka begitu banyak pintu.

Iklan

Namun dalam masa sama, secara tidak langsung ibu kepada empat orang cahaya mata itu telah berkongsi banyak kehidupan peribadinya sama ada baik atau buruk.

"Ia membawa saya mencipta jenama dengan pasukan yang hebat, mengumpulkan komuniti yang menyaksikan saya membesar daripada seorang pelajar universiti kepada seorang isteri, ibu serta seorang usahawan penuh dengan turun naik.

"Saya telah berkongsi dan terlebih berkongsi hampir semua bahagian dalam hidup saya, baik atau buruk, dan saya tidak akan menyesalinya. Itulah jalan yang dipilih untuk saya yang memberi rezeki kepada keluarga, dan banyak lagi keluarga lain insya-ALLAH,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Vivy tidak lupa berterima kasih kepada mereka yang banyak memberi sokongan terhadap perniagaan yang dijalankan.

"‘Proudduck’, terima kasih kepada anda untuk segala-galanya, anda akan sentiasa menjadi sebahagian daripada saya.

"Era seterusnya ini akan menjadi sama menarik,” tulisnya.

Sekadar info, pada 5 Disember lalu, Vivy dan suami, Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad bernilai RM8 juta.

Bagaimanapun Vivy, 37, dan Fadzarudin, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Rosli Ahmad.