PM hadir Malam Manifestasi Tiga Seni

Iklan
Anwar bersama cucu-cucunya terhibur dengan persembahan nyanyian dari Datuk Ramli Sarip yang juga dikenali sebagai Papa Rock ketika hadir pada malam Manifestasi Tiga Seni di Balai Budaya Tun Syed Nasir Wisma DBP malam ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Malam Manifestasi Tiga Seni yang meraikan ekspresi seni melalui integrasi seni visual, puisi, dan muzik malam ini.

Beliau yang tiba pada jam 8 malam, meluangkan masa kira-kira 90 minit pada program yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP di sini.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri dan kira-kira 1,000 hadirin dipersembahkan dengan puisi bertajuk Air Yang Ku Minum, disampaikan Sasterawan Negara Datuk Anwar Ridhwan yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola DBP.

Program itu turut menampilkan sesi deklamasi puisi daripada Sasterawan Sarawak, Dr Abang Patdeli Abang Muhi, Sasterawan Negara, Datuk Dr Zurinah Hassan dan Sasterawan Negara, Datuk Rahman Shaari.

Iklan

Pada penghujung acara, Anwar turut dihadiahkan lukisan langsung, ekspresi abstrak hasil sentuhan Dekan Fakuliti Seni Halus, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Suzlee Ibrahim bertajuk Air Yang Ku Minum.

Malam Manifestasi Tiga Seni itu menggabungkan acara pameran karya seni, deklamasi puisi dan persembahan muzik melibatkan tujuh seniman visual, tokoh sastera dan penyanyi legenda Datuk Ramli Sarip. - Bernama

Iklan