PM wajar kaji semula pelantikan Thaksin - Penganalisis
Iklan
Thaksin Shinawatra
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengkaji semula pelantikan Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi kerajaan bagi memperkukuhkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.
Tindakan itu perlu kerana pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand berkenaan mencetuskan pelbagai kritikan dan polemik bukannya dalam kalangan pemerhati politik antarabangsa, malah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri.