Kartel jenazah kaut untung, ambil kesempatan waris si mati

Iklan
Isu kartel jenazah semakin mendapat perhatian masyarakat di Malaysia. Gambar hiasan

ISU kartel jenazah semakin mendapat perhatian masyarakat di Malaysia. Kartel jenazah merujuk kepada kumpulan individu atau syarikat yang mengawal atau monopoli industri pengurusan jenazah menyebabkan kosnya meningkat.

Keadaan ini bukan sahaja membebankan keluarga si mati, tetapi mengundang rasa tidak puas hati terhadap sistem pengurusan jenazah yang sepatutnya berjalan secara terhormat dan kemanusiaan.

Iklan
Iklan

Terdapat dakwaan bahawa beberapa syarikat atau individu mengambil kesempatan mengenakan caj tidak munasabah ke atas perkhidmatan pengurusan jenazah, dari segi penyediaan keranda, pengurusan pengangkutan sehingga kepada kos pengebumian.

Dengan tidak adanya transparensi dalam penetapan harga, keluarga si mati sering kali terpaksa membayar harga yang jauh lebih tinggi daripada kadar sepatutnya.

Iklan

Inilah yang terjadi kepada jenazah wanita yang ditahan di sebuah surau di Kuala Lumpur hampir 24 jam apabila kartel mengenakan bayaran RM2,200 kepada waris.

Merak Jalanan lihat ramai meluahkan rasa kecewa apa yang berlaku sambil mengharapkan kerajaan mengambil langkah-langkah lebih tegas terhadap isu tersebut.

Iklan

Merak Jalanan sendiri hampir terperangkap dengan mainan si kartel apabila jenazah saudara yang sepatutnya perlu dibawa ke Teluk Panglima Garang cuba dihalakan di lokasi lain dengan alasan pengurusan jenazah lebih cepat, perlu disegerakan tapi bayaran tambahan akan dikenakan.

Merak Jalanan berharap pihak berkuasa perlu melakukan pemantauan lebih ketat perlu terutama melibatkan hospital kerana di situlah bermulanya langkah pertama kartel jenazah.

Difahamkan, kartel ini bukan hanya melibatkan pengurusan jenazah beragama Islam, malah merangkumi agama lain.

Pada tahun 2022, beberapa petugas kesihatan di sebuah hospital di Selangor ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti berkenaan.