'UMNO tak akan toleransi dengan pelompat parti'
Iklan
SHAH ALAM - UMNO tidak akan bertoleransi dengan mana-mana individu yang cuba melompat parti demi kepentingan peribadi dan jawatan, meskipun parti yang bakal disertai itu adalah rakan kongsi dalam Kerajaan Perpaduan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Othman Desa berkata, mana-mana pemimpin UMNO yang cuba hendak melompat parti dinasihatkan agar tidak memburukkan parti asal yang telah banyak berjasa dalam membantu manaikkan karier politik mereka.