RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang Februari

Iklan
Fadhlina Sidek

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan sehingga peringkat menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari depan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, RUU itu telah selesai disemak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Iklan
Iklan

"Kami berharap untuk sesi parlimen yang akan datang, kita sudah bersedia untuk

dibentangkan di parlimen. Insya-ALLAH kita cuba sedaya upaya," katanya menerusi sidang akhbar sempena Perhimpunan Bulanan KPM di sini pada Khamis.

Iklan

Menurut beliau, RUU tersebut sangat penting dan kritikal kepada sistem pendidikan serta negara secara keseluruhannya.

"Kita sudah pun ada dasar pendidikan sekolah rendah yang mana dengan adanya dasar

Iklan

tersebut, enrolmen mencapai sejagat yang sangat tinggi iaitu 98 hingga 99 peratus.

"Dasar pendidikan wajib sekolah menengah ini maknanya kita mahu zahirkan komitmen untuk memastikan tidak berlaku keciciran di peringkat sekolah menengah," ujarnya.

Terdahulu dalam ucapannya Fadhlina menzahirkan rasa sedih apabila seorang pengetua di sebuah sekolah di Terengganu memaklumkan terdapat ibu bapa kepada pelajar yang tercicir mencampakkan buku teks sekolah.

"Ini cabaran dan kita pun tahu cabaran dunia pendidikan maknanya pasca Covid-19, kemudian anak- anak yang bekerja, jadi ini semua diambil kira.

"Pasti juga kementerian akan mulakan dengan proses advokasi dan

kesedaran kepada ibu bapa serta komuniti," katanya.

Akta Pendidikan 1996 pada ketika ini menyatakan tempoh pendidikan wajib adalah selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.

Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang.

Ibu bapa yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.