MBK roboh binaan haram di kawasan pantai

Iklan
Kerja-kerja meroboh binaan haram yang dijalankan MBK di pantai awam sekitar Sungai Karang di sini baru-baru ini. Foto FB MBK

KUANTAN - Majlis Bandaraya Kuantan( MBK) tegas dalam menangani isu binaan yang didirikan secara haram di kawasan pantai awam di daerah ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Nor Hayatul Huda Othman berkata, tindakan roboh akan diambil ke atas binaan-binaan haram yang didirikan di kawasan pantai awam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, baru-baru ini tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas gerai-gerai haram yang berada di atas rezab pantai di sekitar Sungai Karang di sini.

"Dalam operasi itu, lima premis gerai struktur kekal dan dua unit kanopi telah dirobohkan.

Iklan

"Tindakan itu diambil susulan aduan diterima daripada orang ramai berkaitan binaan-binaan ini," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Nor Hayatul Huda berkata, notis arahan roboh telahpun dikeluarkan sebelum tindakan roboh dilaksanakan.

Iklan

"Bagaimanapun pemilik struktur gagal mematuhi arahan notis meroboh yang dikeluarkan September lalu.

"Setelah tamat tempoh notis, MBK telah mengambil tindakan dengan meroboh binaan haram terlibat," katanya.

Jelasnya, tindakan penguatkuasaan yang diambil itu bagi menjaga dan meningkatkan imej pantai awam di sini.

"Operasi seumpama itu akan terus dijalankan secara berjadual," katanya.