Pendaki Istimewa

Iklan

Temubual bersama pendaki OKU, Azzrulkhan Hasbullah Matsah, di Apartment Puncak Hijauan Kajang baru-baru ini.

Berbeza dengan pendaki lain yang menggunakan kaki, Azzrulkhan memanfaatkan sepenuhnya kekuatan tangannya untuk bergerak dan mendaki.

Iklan
Iklan

Menghidap paraplegia yang melumpuhkan bahagian bawah badan akibat kerosakan saraf tunjang, Azzrulkhan tetap bersemangat mendaki walaupun perlu merangkak.

Kecekalan anak kelahiran Kuching, Sarawak ini membuahkan hasil apabila berjaya menakluk Everest Base Camp pada ketinggian 5,365 meter menggunakan kaedah merangkak dalam ekspedisi Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia pada 2018.

Iklan
Iklan

Lebih awal, pada 2016, pemuda berusia 32 tahun ini mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai lelaki OKU pertama menawan puncak Gunung Kinabalu, juga dengan cara merangkak. Foto Bernama