KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan tiga negeri iaitu Johor hingga Jumaat manakala Sarawak dan Sabah hingga Ahad ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kawasan dijangka terjejas di Johor adalah daerah Mersing dan Kota Tinggi hingga 20 Disember.