Ajal pulang kerja, pekerja kilang maut motosikal rempuh lori

Iklan
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian setelah motosikal ditunggang merempuh sebuah lori di Persiaran Mokhtar Dahari di Shah Alam pada Rabu.

SHAH ALAM - Perjalanan pulang seorang pekerja kilang dari tempat kerja berakhir tragedi apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori dalam kejadian di Persiaran Mokhtar Dahari di sini pada Rabu.

Mangsa yang berumur 33 tahun ketika itu dari arah Shah Alam menghala ke Puncak Alam untuk pulang ke rumahnya yang terletak di Jeram.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku ketika sebuah lori berhenti di bahu jalan untuk kerja pemasangan iklan di tiang lampu di kiri jalan.

Iklan

Katanya, mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah di lokasi kejadian.

"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayat mangsa di bawa ke Hospital Shah Alam untuk di bedah siasat.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

"Mana-mana saksi bebas atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354," katanya.