Solat batal bila menggaru?

Iklan
PERGERAKAN jari ketika menggaru dikira sebagai pergerakan ringan namun sekiranya turut melibatkan pergerakan tapak tangan, lengan atau bahu, ia dikategorikan sebagai pergerakan berat dan membatalkan solat. Foto CANVA

KETIKA mengerjakan solat, kadangkala secara tiba-tiba timbul rasa gatal di mana-mana anggota badan dan menyebabkan kita mahu menggarunya.

Timbul persoalan, apakah batal solat jika kita menggaru rasa gatal tersebut? Atau apakah menggaru dibenarkan dalam solat dan tidak membatalkannya?

Iklan
Iklan

USTAZ AZHAR

Pendakwah, Ustaz Azhar Idrus ketika ditanya soalan itu, beliau menjelaskan, pergerakan yang boleh membatalkan solat ialah pergerakan anggota berat seperti bahu, lengan atau pergelangan tangan dengan gerakan yang banyak iaitu tiga kali atau lebih secara berturut-turut.

Iklan

"Adapun pergerakan anggota ringan seperti jari, ketika menggaru sekalipun berturut-turut ia tidak membatalkan solat kerana dikira sedikit,” jelasnya di Facebook miliknya pada Rabu.

Beliau kemudiannya merujuk kepada kata-kata Imam An-Nawawi di dalam kitab Minhaj at-Talibin:

Iklan

Menurut Ustaz Azhar, tidak batal menggaru dengan jari-jari itu selama ia tidak bergerak bersama tapak tangan kerana tapak tangan adalah anggota berat yang boleh membatalkan solat jika digerakkan tiga kali berturut-turut.

Syeikh Abu Bakar Syatha’ pula menjelaskan, tidak batal solat dengan gerakan yang ringan sekalipun banyak dan berturutan.

Sementara itu, timbul satu persoalan lain, apakah sah solat jika ketika rukuk, tangan menggaru kepala menggunakan jari tanpa pergerakan besar, lalu terus takbiratulihram tanpa memegang kepala lutut?

RUKUK tanpa meletakkan tangan atau menggenggam lutut sah solatnya namun tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW. Foto CANVA

Bagi jawapan kepada persoalan tersebut, Jabatan Mufti Negeri Selangor menjelaskan, menggaru kepada menggunakan jari tidak membatalkan solat kerana pergerakan jari dikira sedikit dan tidak membatalkan solat.

"Rukuk tangpa memegang lutut lalu terus bangun iktidal tidak membatalkan solat, tetapi tidak menepati sunnah Rasulullah,” jelasnya melalui laman sesawang emusykil.muftiselangor.gov.my.

SOLATLAH secara sempurna mengikut panduan yang diberikan Nabi Muhammad SAW. Foto CANVA

Menurutnya, terdapat sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Muhammad bin Amru bin ‘Ato’ RA, ketika beliau duduk bersama beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW, beliau menyebut tentang solat Nabi SAW.

Maka Abu Humaid As-Saidi RA berkata: "Aku ceritakan kepada kamu sifat solat Rasulullah SAW. Aku lihat apabila takbir, Baginda mengangkat kedua-dua tangan bertentang dengan kedua-dua bahunya dan apabila rukuk, tangannya akan menggenggam kedua-dua lututnya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Menurut Jabatan Mufti Negeri Selangor, solat yang terbaik adalah apabila ia dilaksanakan sepertimana diajarkan Rasulullah SAW dengan penuh khusyuk dan merasakan diri sendiri sentiasa diperhatikan ALLAH SWT serta menjauhi pergerakan yang tidak perlu dan sia-sia.