Muhammad Muazzim Zulkiflee, 28, memeriksa tepung ubi kayu yang sudah melalui proses penapisan sebelum dibungkus untuk dihantar kepada pelanggan ketika ditemui di kilangnya di Kampung Gaal di Pasir Puteh.
Muhammad Muazzim tidak menyangka keputusannya untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung halamannya di Kampung Gaal di sini, bagi membantu ibunya menjual ubi kayu, memberi peluang kepadanya menjana pendapatan berganda.
Beliau berkata lebih membanggakan dia berjaya membuka sebuah kilang memproses tanaman itu yang mampu menghasilkan kira-kira dua tan metrik tepung ubi sehari di kampungnya tahun lepas. Foto Bernama