Anak Abuya, isteri didakwa cuba hina Islam

Iklan
Muhammad 'Athoullah, Ummu Habibah, ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Melaka di sini, pada Khamis.

MELAKA - Anak pengasas ajaran sesat Al-Arqam, Ashaari Muhammad atau dikenali 'Abuya', didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada Khamis, atas tuduhan percubaan menghina agama Islam dan bersubahat melakukan kesalahan itu, September lalu.

Muhammad 'Athoullah As'aari, 39, dan isterinya, Ummu Habibah Raihan,41, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Hakim Syarie, Mohd Yunus Mohamad Zin.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad 'Athoullah didapati telah memiliki tiga dokumen-dokumen iaitu senarai buku/bahan terbitan yang disita dalam Ops Global pada 21 September 2024, iaitu buku bertajuk Politik Islam Membawa Kasih Sayang Bil 2857; Pendidikan Rasulullah Bil 2185 dan satu bingkai bergambar As'aari.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah yang beralamat di SI 220, Jalan Ayer Molek Perdana 10, Taman Ayer Molek Perdana, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah di sini, kira-kira jam 1.15 petang, pada 21 September lalu.

Iklan

Dia didakwa mengikut Seksyen 91 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang dibaca bersama Seksyen 63 enakmen sama iaitu percubaan menghina agama Islam apabila menghina fatwa yang dikeluarkan oleh mufti bertarikh 11 Ogos 1994.

Oleh itu dia boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi 36 bulan atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Iklan

Ummu Habibah (dua,kiri) dan suaminya Muhammad 'Athoullah (kanan) ketika bertemu dengan peguam mereka.

Manakala isterinya, Ummu Habibah didapati bersubahat dengan Muhammad 'Athoullah melakukan kesalahan itu di lokasi dan waktu yang sama.

Bagi kesalahan itu dia boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi 36 bulan atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991, sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Melaka, Atras Mohamad Zin, Timbalannya, Norazita Mohd Ali, Ummu Hani Hishamuddin, Rabiatul Adawiah Mohd Dahlan dan Mohd Rafaie Zasari.

Sementara itu, kedua-dua tertuduh diwakili peguam syarie Mohd Hafizuddin Ahmad Mispha dan Mohd Faizal Mohamad.

Atras mencadangkan bon jaminan terhadap Muhammad 'Athoullah berjumlah RM1,000 sebelum ini dilanjutkan sehingga ke tarikh baru perbicaraan manakala isterinya dikenan bon jaminan RM3,000 atau dua orang penjamin.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pendakwaan dan menetapkan kes disebut semula 13 Februari tahun depan.

Dalam prosiding itu, mahkamah turut mengarahkan dua lagi anak lelaki Ashaari masing-masing berusia 42 dan 45 tahun bersama pasangan mereka yang sepatutnya berdepan tuduhan sama ditunda ke tarikh sama tahun depan dengan jumlah bon jaminan sama dikenakan.