KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) membuka permohonan bagi rayuan untuk mengerjakan ibadat haji bagi tahun 1446H/2025M melalui aplikasi dan laman sesawang THiJARI bermula hari ini hingga 31 Januari depan.
Ketua Jabatan Haji TH, Mohd Hisham Harun berkata, proses rayuan haji dibuka lebih awal bagi mengelakkan proses rayuan haji dilakukan pada saat-saat akhir.