Isu Batu Puteh: Polis siasat kenyataan Abdul Hadi

Iklan
Abdul Hadi. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan beliau berkaitan isu Batu Puteh yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis telah menerima laporan pada Isnin lepas berhubung kenyataan berkenaan yang dimuat naik di laman X milik Abdul Hadi.

Iklan
Iklan

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi.

Razarudin berkata, pihaknya akan memanggil Abdul Hadi dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Iklan

Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia.

ICJ turut memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya. - Bernama

Iklan