Pelancong Indonesia selami keunikan bermalam di inap desa

Iklan
Sahariman (tiga dari kanan) bertukar dokumen MoU dengan Joseph yang disaksikan oleh Hairi (tengah).

SHAH ALAM - Pertubuhan Pengusaha Homestay Malaysia (PPHM) yakin keseimbangan industri pelancongan antara Malaysia dengan Indonesia mampu diwujudkan.

Presidennya, Datuk Sahariman Hamdan berkata, satu kempen telah diadakan di Bandung dan Bogor dengan memberi tawaran pakej pelancongan menarik negara untuk menarik lebih ramai pelancong ke sini.

Iklan
Iklan

"Justeru, sempena Tahun Melawat Inap Desa 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026... kita menjemput mereka untuk merasai kelainan apabila bermalam di inap desa.

"Uniknya mereka akan merasai suasana kehidupan di kampung Melayu, menikmati makanan tradisi, persembahan kebudayaan dan pelbagai aktiviti yang disediakan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PPHM dengan Asosiasi Travel Agent Indonesia (ASTINDO) Jawa Barat yang diwakili Presidennya, Joseph Sugeng irianto dan disaksikan Pengarah Tourism Malaysia di Indonesia, Hairi Mohd Yakzan di Bandung, Indonesia.

Mengulas lanjut, beliau yang juga pengusaha Kampungstay di Temerloh, Pahang memaklumkan, kerjasama itu diyakini akan menyuburkan persaudaraan antara Malaysia dan Indonesia.

Iklan

Tambahnya, Malaysia mempunyai 223 kluster kampung yang mampu menawarkan lebih 3,000 bilik.