Jet ski terbalik, dua pemancing hanyut lebih 30 jam

Iklan
Dua pemancing termasuk seorang warga emas menempuh detik cemas apabila jet ski dinaiki terbalik sebelum berjaya diselamatkan sebuah kapal tangki dalam kejadian di perairan Pulau Pintu Gedong di Pelabuhan Klang pada Rabu.

PELABUHAN KLANG - Dua pemancing menempuh detik cemas apabila hanyut lebih 30 jam setelah jet ski dinaiki terbalik sebelum diselamatkan sebuah kapal tangki dalam kejadian di perairan Pulau Pintu Gedong di sini pada Rabu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, dua mangsa terlibat dikenali Shahrul Hisham Mohd Tahir, 50, dan Micheal Januarius, 68.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, aduan sebelum itu dibuat seorang individu berkaitan kehilangan bapanya yang keluar memancing bersama rakan dengan menaiki jet ski Selasa lalu.

Semakan awal mendapati tali sauh tersangkut di bahagian komponen enjin mengakibatkan berlaku kerosakan pada jet ski yang dinaiki kedua-dua mangsa itu.

"Susulan itu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) jam 2 pagi dalam usaha mencari dua mangsa berkenaan.

Iklan

"Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga ditubuhkan di Jeti Royal Youth Club Selangor melibatkan agensi lain antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Polis Marin (PPM)," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

"Semakan mendapati sebuah kapal membawa minyak menemukan dua mangsa bersama sebuah jet ski dalam keadaan terbalik pada kedudukan 19.8 batu nautika dari barat Pulau Pintu Gedong.

Iklan

"Dua mangsa diselamatkan sebelum dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah dan selamat tiba pada jam 8.35 malam," katanya.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila jet ski yang dinaiki mengalami kerosakan.

"Semakan awal mendapati tali sauh tersangkut di bahagian komponen enjin mengakibatkan berlaku kerosakan pada jet ski yang dinaiki kedua-dua mangsa itu.

"Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim agar sentiasa berhati-hati ketika berada di laut dengan mengambil langkah-langkah keselamatan," katanya.

Ujarnya, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan 999 untuk sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut.