'Crystal Palace liat di Selhurst Park'

Iklan
Jesus antara penyumbang gol buat Arsenal ketika menentang Crystal Palace di London. Foto Agensi

GABRIEL Jesus menjangkakan cabaran sengit bakal dihadapi Arsenal apabila berdepan Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Selhurst Park pada Ahad.

Penyerang Brazil tersebut sebelum itu mengetuai The Gunners mara ke separuh akhir Piala Liga dengan hatrik ketika menjinakkan The Eagles, 3-2 dalam aksi suku akhir di Stadium Emirates.

Iklan
Iklan

Arsenal kini berada di tangga ketiga liga dalam misi meraih kemenangan ke atas Crystal Palace di kedudukan ke-15 yang tidak tewas dalam lima perlawanan liga terakhir.

"Mereka mempunyai banyak kualiti di bahagian hadapan, bahagian tengah dan di belakang, jadi kami perlu memberikan tekanan tinggi.

Iklan

"Ya, kami tahu bukan satu perlawanan yang mudah tambahan pula bermain di laman lawan yang diperkuatkan pemain yang berkualiti seperti hari ini.

"Pasukan ini sememangnya sebuah pasukan yang kuat, itu akan menjadi satu lagi perlawanan yang kami perlu berusaha sehabis baik untuk menang,” katanya yang masih belum menjaringkan sebarang gol liga musim ini.

Iklan

Juara dua kali kendalian Mikel Arteta, 42, yang kali mendakap dua kejuaraan itu edisi 1987 (tewaskan Liverpool, 2-1) diikuti 1993 tewaskan Sheffield Wednesday, 2-1) menampilkan kesebelasan terbaik dengan Jesus,27, Raheem Sterling, 30, dan Leandro Trossard, 30, membarisi bahagian depan The Gunners.

Kehadiran Jesus ternyata memberikan impak positif apabila tiga gol m-54, m-73 dan m-81 diihasilkan pemain lincah Brazil yang pernah berbakti bersama penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City sebelum ini.

Biarpun begitu Crystal Palace bimbingan Oliver Glasner, 50, terlebih dulu berada di depan hasil jaringan Jean-Philippe Mateta, 27 diikuti gol saguhati bekas tonggak Gunners, Eddie Nketiah, 25 minit ke-85 untuk kedudukan 3-2.

Sebagai rekod, Arsenal kali terakhir mara ke pentas perlawanan akhir pada edisi 2018, namun diaibkan Manchester City kendalian Pep Guardiola, 3-0 dalam final di Stadium Wembley.

PIALA LIGA

KEPUTUSAN

SUKU AKHIR

Southampton 1-2 Liverpool

Arsenal 3-2 Crystal Palace

Newcastle United 3-1 Brentford

SUKU AKHIR

Tottenham Hotspur lwn Manchester United, 4 pagi

LIGA PERDANA INGGERIS

JADUAL

SABTU (21 DISEMBER)

Aston Villa lwn Manchester City, 8.30 malam

West Ham United lwn Brighton & Hove Albion, 11 malam

Ispwich Town lwn Newcastle United, 11 malam

Brentford lwn Nottingham Forest, 11 malam

AHAD (22 DISEMBER)

Crystal Palace lwn Arsenal, 1.30 pagi

Everton lwn Chelsea, 10 malam

Manchester United lwn Bournemouth,10 malam

Fulham lwn Southampton, 10 malam

Leicester City lwn Wolverhampton, 10 malam

ISNIN (23 DISEMBER)

Tottenham Hotspur lwn Liverpool, 12.30 tengah malam