Selebriti lelaki miliki ganja dibawa ke mahkamah

Iklan
Seorang pelakon dan pelawak dibawa ke Mahkamah Sepang di sini pada jam 9.10 pagi Jumaat, dipercayai bagi menghadapi dua pertuduhan kes dadah.

SEPANG - Seorang pelakon dan pelawak dibawa ke Mahkamah Sepang di sini pada jam 9.10 pagi Jumaat, dipercayai bagi menghadapi dua pertuduhan kes dadah.

Menyedari kehadiran media, pelakon berusia 41 tahun yang memakai baju berwarna ungu bertindak menutup muka dengan menggunakan kain kelabu.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan artis tersebut ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes memiliki dadah jenis ganja di rumahnya di Cyberjaya, Sabtu lalu.

Dalam serbuan berkenaan, polis turut menemukan dua peket plastik berisi daun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram dan selebriti itu juga disahkan positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).

Iklan

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, lelaki itu berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Turut hadir di mahkamah ialah isteri selebriti itu, bersama peguam, Mohd Fadly Hashim

Iklan

Pada Khamis, wanita memberitahu akan terus berjuang demi menuntut keadilan buat suaminya.