Dapur Shangri-La Hotel peroleh sijil halal

Iklan
LEMON GARDEN antara dapur Shangri-La Kuala Lumpur menerima sijil halal daripada Jakim baru-baru ini.

HOTEL terkemuka, Shangri-La Kuala Lumpur baru-baru ini menerima sijil halal bagi beberapa dapur miliknya daripada panel pensijilan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ia melibatkan operasi bankuet hotel dan restoran bufet yang terkenal dengan hidangan tempatan dan antarabangsa iaitu Lemon Garden.

Iklan
Iklan

"Kami berbesar hati menerima pensijilan halal daripada Jakim.Kami akan terus memberikan layanan yang tulus dan menyajikan hidangan yang memenuhi piawaian tertinggi dari segi kualiti, keaslian dan pematuhan halal,” katanya dalam satu kenyataan menerusi portal businesstoday.com baru-baru ini.

Bagi mereka yang mahu menikmati hidangan bufet yang meriah dari stesen masak secara langsung, Lemon Garden menawarkan pelbagai jenis hidangan Melayu tempatan, daging panggang segar dan piza bakar.

Iklan
Iklan

Shangri-La Kuala Lumpur turut menyediakan rangkaian jamuan dan perkhidmatan katering untuk pelbagai acara menerusi operasi bankuetnya yang mendapat pensijilan halal.